Monday, June 14, 2010

kami anak malaysia melangkaui benteng perkauman



"Ini rumah saya. Saya ambil peduli. Saya mahukannya untuk menjadi lebih baik," demikianlah kata-kata daripada salah seorang anggota "Anak Bangsa Malaysia", Jayanath Appudurai.
Setelah wawancara MerdekaReview bersama beberapa orang anggota Anak Bangsa Malaysia, buku oleh penulis Amerika Syarikat, Flannery O' Connor yang berjudul A Good Man Is Hard To Find terlintas dalam otak. "Good man" muncul di depan mata, malah mereka memikul misi untuk merampas negara ini dari tangan politikus.
"Semangat" yang dilupai
Ramai yang terkilan, sedih malah mual, merasakan bahawa dirinya tidak terlarat untuk berdepan dengan apa yang berlaku pada tahun 2009. Ada yang memilih untuk meninggalkan segala-galanya, ada pula yang memilih untuk terus berada di sini dan cuba sedaya upaya untuk mengubah status quo.
Demikianlah titik permulaan Anak Bangsa Malaysia. Secara terus terang, anggotanya Farida Jivamala Ibrahim (gambar kiri) berkata, "Anak Bangsa Malayisia adalah satu semangat. Prinsipnya 'One People, One Nation'. Semua orang adalah bangsa Malaysia, tanpa membezakan antara satu sama lain mengikut kaum. Sementara itu, kita sama-sama meraihkan kepelbagaian etnik dan budaya."
Sharifuddin A.Latiff berkata, "Pada asalnya, kami adalah versi 1Malaysia yang tulen. Mereka mengambil konsep kami. Konsep ini berasal daripada Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia pertama)."

Sabah,Sarawak contoh PERPADUAN 1 malaysia


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata semangat, perpaduan dan keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah salah satu contoh terbaik ke arah mewujudkan perpaduan 1Malaysia.
Perdana Menteri berkata, terdapat banyak contoh yang bersemangat untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan keturunan boleh menerima perkara yang menyatukan, dan bukannya berpecah belah dan terpisah.
Kisah Sabah dan Sarawak ialah kisah 1Malaysia, dan ia telah memberi saya maklumat dan inspirasi kepada komitmen saya terhadap konsep ini.
“Ia adalah bukti kepada hakikat bahawa perbezaan itu telah menyatukan negara ini,” kata Najib dalam kenyataan peribadinya sempena Hari Malaysia hari ini, sempena memperingati Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung Malaysia pada 1963 bagi membentuk apa yang kini dikenali sebagai Malaysia moden.
Sambil merujuk kepada perayaan Hari Gawai di rumah panjang di Sarawak, Perdana Menteri berkata beliau dapat merumuskan bahawa rakyat Sarawak telah pun menerima pakai nilai-nilai 1Malaysia “lama sebelum saya menjelaskan tentang pelbagai unsur di dalamnya”.
Katanya, contoh itu telah merangsang komitmennya dan beliau percaya boleh meninggalkan impak yang mendalam kepada pembangunan Malaysia.
“Rakyat Malaysia daripada mana-mana jua bangsa dan fahaman hanya perlu melihat Sabah dan Sarawak untuk memahami perpaduan yang amat sukar dipercayai begitu kukuh dan harmoni yang boleh didapati dalam menerima dan menghormati kelainan rakyat kita,” kata Najib.
Mengenai Sabah pula, beliau berkata negeri itu telah menunjukkan semangat keusahawanan yang membawa kepada pertumbuhan sektor ekopelancongan yang juga penyumbang penting kepada ekonomi negara.Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau memperluaskan bantuan kewangan kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak untuk projek prasarana serta menambahbaik peluang pendidikan di luar bandar.
Beliau berkata, adalah penting bagi kerajaan memberi peluang yang sama kepada semua dan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau “ceruk rantau Malaysia yang mereka pilih untuk menjadi tempat kediaman mereka”.
“Pada akhirnya nanti, sama ada kita tinggal di rumah panjang di pedalaman atau di bangunan tinggi di Kuala Lumpur, kita semua adalah sebahagian daripada 1Malaysia yang kita cintai,” katanya.
Dalam blog www.1malaysia.com.my, Najib juga menulis mengenai ingatannya semasa berusia 10 tahun ketika ayahanda beliau Tun Abdul Razak menjadi saksi peristiwa bersejarah kemerdekaan Sabah pada 1963. “Saya ingat bagaimana bangganya beliau saat peristiwa penting itu berlangsung.
Sabah dan Sarawak memenuhi satu sudut yang istimewa di hati saya kerana peristiwa bersejarah itu,” katanya.
“Rumah-rumah panjang kekal menjadi tulang belakang kehidupan di dua negeri ini kerana ia ialah simbol kepada keperluan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mempelajari bagaimana untuk hidup di bawah satu bumbung dan untuk membina tempat tinggal negara kita secara bersama-sama. “Apabila matahari terbit di langit Malaysia, ia menyinari Sabah dan Sarawak terlebih dahulu.
Masa hadapan kita sebagai sebuah negara bergantung keppada keupayaan kita untuk bekerja dan hidup bersama-sama,” kata Perdana Menteri. – Bernama
Sumber:
berita harian

Pembudayaan 1 malaysia Dalam Komuniti Anda


Di bawah konsep Satu Malaysia ini bererti bahawa kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia. One People. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik dalam negara kita.- Ini bukan bererti kita mengenepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong kaum bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil dan memberi pertimbangan kepada golongan bumiputera yang layak mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan.- Biar kita keluar daripada cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama. Itu juga pada saya maksud konsep Satu Malaysia.

Melayu+Cina+India=1 MALAYSIA


Akhbar -akhbar perdana pada 21 disember melaporkan bahwa bekas perdana menteri ,Tun Abdullah Badawi mengharap amalan rumah terbuka dapat dijadikan satu budaya yang menyerlahkan semagat 1 malaysia sebagai gagasan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.
Foto-foto yang disiarkan pula secara amat sengaja menunjukkanindividu kaum Melayu,Cina dan India sama-sama menganyam ketupat atau makan.
1 Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1 Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita — di sebalik segala perbezaan kita — berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.”

1 Malaysia,Kemakmuran Bersama

Setiausaha Umno Bahagian Ayer Hitam, Encik Abdull Halid Bin Saat Menyeru Semua Ahli Umno Dan Rakyat Di Parlimen Ayer Hitam Menghayati Motto Bajet 2010 yang dibentangkan Oleh YAB Perdana Menteri pada bulan Oktober lang lalu. Motto "1 Malaysia Kemakmoran Bersama" sangat relevan dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan ini membuktikan YAB Perdana Menteri dan Barisan Kabinetnya bersungguh-sungguh berkerja untuk melonjakkan Ekonomi Negara demi kemakmoran semua golongan rakyat. Sdr Abdull Halid Saat berkata demikian semasa menyampaikan Ucapan Di Majlis Mesra Sempena Eidulfitri 1430h di Dewan Terbuka Taman Suria, Ayer Hitam Pada 24 Oktoer 2009. Katanya lagi, rakyat memerlukan Tiga Situasi Asas untuk membolehkan maju dan bahagia iaitu Situasi Selamat, Aman serta Makmor. Majlis mesra Sempena Eidulfitri tersebut dianjurkan oleh Krt Taman Suria yang dihadiri oleh semua penduduk di Taman Suria dan Taman Ros. Dimajlis tersebut juga disampaikan saguhati kepada penduduk yang rumah mereka Menyemarakkan Jalur Gemilang semasa menyambut Bulan Kemerdekaan oleh Pengerusi Krt Iaitu Encik Ishak Abu Bakar. (Sumber : Oleh Zainudin Mohidin)By M 69

1 JOURNEY 1 WITH MALAYSIA


Journey Malaysia
We believe that in travelling - we can learn so much about our world; our history, geography, the beauty and mysteries of the people and other inhabitants …and in the process, we learn more about ourselves.

1 Sekolah Untuk Semua


Kempen Satu Sekolah Untuk Semua
Target:
Untuk Mengadakan Satu Sistem Persekolahan di Malaysia
Sponsored by:
Blog Demi Negara
Sekolah Vernakular (SJKC dan SJKT) adalah punca utama ketidakserasian dan ketegangan kaum di negara kita tercinta.
Fenomena ini adalah unik di dunia ini dan telah menjadi suatu barah yang kian menular dalam kancah kerapuhan masyarakat Malaysia. Jika gejala Sekolah Vernakular ini tidak dibendung, negara kita akan terus bergerak ke ambang kehancuran.
Pengkajian semula sistem pelajaran negara ini haruslah dilakukan memandangkan fenomena perpecahan kaum yang semakin meruncing di masa kini. Gejala ini amatlah jelas sekali di alam siber dimana segelintir masyarakat kini mempamirkan sikap anti-negara yang semakin ketara dan berleluasa. Jelas sekali, anasir-anasir ini tidak menghormati asas dan prinsip perlembagaan negara Malaysia, tiada rasa cinta kepada tanah air dan juga menonjolkan penulisan hasutan yang mencetuskan sentimen perkauman yang begitu ketara sekali.
Secara lantangnya, puak ini mempertikaikan segala unsur yang melambangkan kedaulatan dan intipati negara kita tercinta.
Kami menyeru agar gejala Sekolah Vernakular ini di hapuskan secara total.
Komuniti Demi Negara
Note:-
Satu Sekolah Untuk Semua (SSS) is a grassroot movement to reset one of the key foundations of our nationhood and create the essence of a united and cohesive Malaysia. There is no other way to forge national integration, national unity and to instill a sense of shared destiny except to vigorously push for astreamlined, singular School System for ALL Malaysians. Every single one of us, of all origin and ethnicity, must speak in one tongue and undergo the same educational journey as Warganegaras of this land. No single Anak Bangsa Malaysia should be allowed to fall into the communal trap laid by selfish, irrational chauvinists and denied the same opportunity as Mainstream Malaysiana. Support SSS for our nation's future. Do sign the petition. Get your family and friends to sign as well. Lets collectively make SSS a reality for the future of our Tanah Air Tercinta.

Sila ke Portal Satu Sekolah Untuk Semua untuk keterangan terperinci tentang inisiatif ini dan dimana anda boleh menyumbang secara aktif demi mencapai hasrat membentuk suatu masyarakat Malaysia yang betul-betul serasi, seia, sekata, sehati dan sejiwa yang akan mendukung prinsip keramat Rukunegara Malaysia kita tercinta.

Gagasan 1 Malaysia

Gagasan 1Malaysia

Gagasan 1Malaysia merupakan konsep unik yang perlu diterima oleh semua pihak di negara sebagai lambang komitmen dan usaha oleh rakyat demi mencpai yang terbaik untuk negara. Perdana Menteri berkata ia sangat berbeza dengan konsep satu negara yang diamalkan di negara lain yang mengutamakan keadilan sosial buat semua kaum dan penduduknya. simbol 1Malaysia merupakan jenama hebat yang perlu disayangi oleh rakyat. simbol itu sangat unik kerana menggunakan nombor satu yang dimasukkan dengan bendera Malaysia.
Bagi menyemarakkan lagi kempen gagasan 1Malaysia kerajaan perlu memperbanyakkan aktiviti yang boleh melibatkan pelbagai kaum seperti kebudayaan dan permainan untuk dilaksanakan disetiap peringkat masyarakat 1Malaysia. Pemimpin perlu turun padang melihat sendiri permasalahan rakyat setiap kaum tanpa mementingkan status pemimpin itu sendiri. Dengan itu semua agensi kerajaan perlu memainkan peranan yang lebih daripada sekarang dalam mewujudkan perpaduan kaum.
Sumber Maklumat:Jabatan Penerangan Malaysia November 2009.

Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan


Tanggal 3 April 2009 satu sejarah baru tercatat lagi dalam negara kita. YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak secara rasminya dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke enam, menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi.
Saya yakin Dato’ Seri Najib mampu melaksanakan satu tranformasi kepada negara, demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Marilah kita sama-sama berganding bahu memberikan sokongan padu kepada kepimpinan baru negara.

Sunday, June 13, 2010

Konsep 1 Malaysia

Konsep 1 MALAYSIA yang diperkenalkan oleh YAB Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,Perdana Menteri,adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan
Prinsip-prinsip Rukun Negara.
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru.Sebaliknya Konsep 1 Malaysia 'Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan' lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap,amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
'1 Malaysia' bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akandipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.'1 Malaysia' juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato'Sri Najib Tun Abdul Razak iaitu 'Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan'.
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep '1 MALAYSIA'. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.Lapan nilai tersebut adalah;
1) Budaya Kecemerlangan
2) Ketabahan
3) Rendah hati
4) Penerima
5) Kesetiaan
6) Meritokrasi
7) Pendidikan
8) Integriti
Sumber:
1. www.1Malaysia.com.my.
2. Akhbar-akhbar tempatan.
3. Jabatan Hal Ehwal Khas,Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.