Monday, June 14, 2010

kami anak malaysia melangkaui benteng perkauman



"Ini rumah saya. Saya ambil peduli. Saya mahukannya untuk menjadi lebih baik," demikianlah kata-kata daripada salah seorang anggota "Anak Bangsa Malaysia", Jayanath Appudurai.
Setelah wawancara MerdekaReview bersama beberapa orang anggota Anak Bangsa Malaysia, buku oleh penulis Amerika Syarikat, Flannery O' Connor yang berjudul A Good Man Is Hard To Find terlintas dalam otak. "Good man" muncul di depan mata, malah mereka memikul misi untuk merampas negara ini dari tangan politikus.
"Semangat" yang dilupai
Ramai yang terkilan, sedih malah mual, merasakan bahawa dirinya tidak terlarat untuk berdepan dengan apa yang berlaku pada tahun 2009. Ada yang memilih untuk meninggalkan segala-galanya, ada pula yang memilih untuk terus berada di sini dan cuba sedaya upaya untuk mengubah status quo.
Demikianlah titik permulaan Anak Bangsa Malaysia. Secara terus terang, anggotanya Farida Jivamala Ibrahim (gambar kiri) berkata, "Anak Bangsa Malayisia adalah satu semangat. Prinsipnya 'One People, One Nation'. Semua orang adalah bangsa Malaysia, tanpa membezakan antara satu sama lain mengikut kaum. Sementara itu, kita sama-sama meraihkan kepelbagaian etnik dan budaya."
Sharifuddin A.Latiff berkata, "Pada asalnya, kami adalah versi 1Malaysia yang tulen. Mereka mengambil konsep kami. Konsep ini berasal daripada Tunku Abdul Rahman (Perdana Menteri Malaysia pertama)."

No comments:

Post a Comment