Sunday, June 13, 2010

Konsep 1 Malaysia

Konsep 1 MALAYSIA yang diperkenalkan oleh YAB Dato'Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak,Perdana Menteri,adalah langkah yang bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat.Konsep ini selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan
Prinsip-prinsip Rukun Negara.
Konsep 1 Malaysia bukanlah satu wawasan atau gagasan pemikiran baru.Sebaliknya Konsep 1 Malaysia 'Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan' lebih merupakan satu konsep dalam bidang pentadbiran yang menyarankan pemimpin-pemimpin kerajaan menjalankan tugas dengan lebih cekap,amanah dan bertanggungjawab demi kepentingan rakyat.
'1 Malaysia' bermatlamat untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan Malaysia serta rakyatnya dan kelebihan ini akandipelihara sebagai bekalan terbaik kita untuk menghadapi sebarang cabaran.'1 Malaysia' juga akan mewujudkan sebuah kerajaan yang mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat seperti yang terpamer melalui slogan YAB Dato'Sri Najib Tun Abdul Razak iaitu 'Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan'.
Terdapat lapan nilai yang diterapkan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam konsep '1 MALAYSIA'. Nilai-nilai murni ini diharap dapat menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu matlamat iaitu untuk negara.Lapan nilai tersebut adalah;
1) Budaya Kecemerlangan
2) Ketabahan
3) Rendah hati
4) Penerima
5) Kesetiaan
6) Meritokrasi
7) Pendidikan
8) Integriti
Sumber:
1. www.1Malaysia.com.my.
2. Akhbar-akhbar tempatan.
3. Jabatan Hal Ehwal Khas,Kementerian Penerangan,Komunikasi dan Kebudayaan.

No comments:

Post a Comment