Monday, June 14, 2010

Sabah,Sarawak contoh PERPADUAN 1 malaysia


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berkata semangat, perpaduan dan keharmonian di Sabah dan Sarawak adalah salah satu contoh terbaik ke arah mewujudkan perpaduan 1Malaysia.
Perdana Menteri berkata, terdapat banyak contoh yang bersemangat untuk menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan keturunan boleh menerima perkara yang menyatukan, dan bukannya berpecah belah dan terpisah.
Kisah Sabah dan Sarawak ialah kisah 1Malaysia, dan ia telah memberi saya maklumat dan inspirasi kepada komitmen saya terhadap konsep ini.
“Ia adalah bukti kepada hakikat bahawa perbezaan itu telah menyatukan negara ini,” kata Najib dalam kenyataan peribadinya sempena Hari Malaysia hari ini, sempena memperingati Sabah dan Sarawak bersatu dengan Semenanjung Malaysia pada 1963 bagi membentuk apa yang kini dikenali sebagai Malaysia moden.
Sambil merujuk kepada perayaan Hari Gawai di rumah panjang di Sarawak, Perdana Menteri berkata beliau dapat merumuskan bahawa rakyat Sarawak telah pun menerima pakai nilai-nilai 1Malaysia “lama sebelum saya menjelaskan tentang pelbagai unsur di dalamnya”.
Katanya, contoh itu telah merangsang komitmennya dan beliau percaya boleh meninggalkan impak yang mendalam kepada pembangunan Malaysia.
“Rakyat Malaysia daripada mana-mana jua bangsa dan fahaman hanya perlu melihat Sabah dan Sarawak untuk memahami perpaduan yang amat sukar dipercayai begitu kukuh dan harmoni yang boleh didapati dalam menerima dan menghormati kelainan rakyat kita,” kata Najib.
Mengenai Sabah pula, beliau berkata negeri itu telah menunjukkan semangat keusahawanan yang membawa kepada pertumbuhan sektor ekopelancongan yang juga penyumbang penting kepada ekonomi negara.Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata beliau memperluaskan bantuan kewangan kerajaan Pusat kepada Sabah dan Sarawak untuk projek prasarana serta menambahbaik peluang pendidikan di luar bandar.
Beliau berkata, adalah penting bagi kerajaan memberi peluang yang sama kepada semua dan meningkatkan kehidupan semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama atau “ceruk rantau Malaysia yang mereka pilih untuk menjadi tempat kediaman mereka”.
“Pada akhirnya nanti, sama ada kita tinggal di rumah panjang di pedalaman atau di bangunan tinggi di Kuala Lumpur, kita semua adalah sebahagian daripada 1Malaysia yang kita cintai,” katanya.
Dalam blog www.1malaysia.com.my, Najib juga menulis mengenai ingatannya semasa berusia 10 tahun ketika ayahanda beliau Tun Abdul Razak menjadi saksi peristiwa bersejarah kemerdekaan Sabah pada 1963. “Saya ingat bagaimana bangganya beliau saat peristiwa penting itu berlangsung.
Sabah dan Sarawak memenuhi satu sudut yang istimewa di hati saya kerana peristiwa bersejarah itu,” katanya.
“Rumah-rumah panjang kekal menjadi tulang belakang kehidupan di dua negeri ini kerana ia ialah simbol kepada keperluan kita sebagai rakyat Malaysia untuk mempelajari bagaimana untuk hidup di bawah satu bumbung dan untuk membina tempat tinggal negara kita secara bersama-sama. “Apabila matahari terbit di langit Malaysia, ia menyinari Sabah dan Sarawak terlebih dahulu.
Masa hadapan kita sebagai sebuah negara bergantung keppada keupayaan kita untuk bekerja dan hidup bersama-sama,” kata Perdana Menteri. – Bernama
Sumber:
berita harian

No comments:

Post a Comment